H355 : Kecil Padang Merbok KL kami tadahkan

86
0
Oleh : Nasrudin Hassan
Pengarah Himpunan 355
1. Padang Merbok pada saiznya hanya menampung 45 – 50 ribu peserta H355 pada satu masa. Gelombang kebangkitan ummah dan gelora ungu ini meyakinkan saya bahawa peserta akan melebihi jumlah 50 ribu.
2. Justeru itu, kecil Padang Merbok maka Kuala Lumpur kami tadahkan. Insyaallah, kawasan sekitar akan ditutup kepada lalulintas seperti yang diumumkan oleh PDRM untuk memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya dan juga peserta H355 menghadirinya dengan selesa.
PARKING BAS
3. Bas yang membawa penumpang dari seluruh pelusuk negara disaran menurunkan dan mengambil penumpang dipinggir ibukota khasnya berhampiran station LRT dan masuk ke ibukota dengan menggunakan LRT. Sementara semua Bas tersebut diminta parking di perkarangan Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.
4. Majlis H355 akan berakhir jam 11.00 malam dan perkhidmatan LRT tamat pada jam 12.00 am. Pihak Sekretariat H355 telah buat permohonan agar perkhidmatan LRT dan Komuter dilanjutkan perkhidmatannya ke jam 1.00 am. Sehingga saat ini kami masih menanti keputusan pihak berwajib. Jika diluluskan, kami akan maklumkan kepada umum secepat mungkin.
5. Sementara kenderaan persendirian juga tidak dibenarkan parking berhampiran lokasi himpunan bagi mengelak kesesakan dan kesukaran mengalih kenderaan tersebut. Sebaiknya parking di station LRT dan kawasan berhampiran atau mana – mana kawasan pinggir ibukota yang sesuai.
ATASI KESULITAN
6. Saya harapkan para peserta H355 hadir dengan tenang, banyakkan zikir dan selawat ┬ákepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Tidak melakukan sebarang provokasi dan tidak respon kepada sebarang provokasi yang dicetuskan oleh mana – mana pihak.
7. Sebarang kesulitan yang dialami boleh terus berhubung dengan mana – mana anggota Jabatan AMAL bertugas yang beruniform. Kami akan tempatkan sekira-kira 2500 petugas AMAL pada satu masa dan 1500 pasukan SUKARELAWAN dengan uniform khas mereka sebagai SUKARELAWAN H355 atau terus berhubung dengan pihak urusetia di khemah mereka yang terletak di lot parking Padang Merbok.
GERAI PERNIAGAAN
8. Pihak penganjur memohon maaf berbanyak maaf kerana tidak boleh menyediakan gerai perniagaan di dalam kawasan lokasi yang digazetkan kerana ia disediakan untuk peserta H355 yang pasti ramai melebihi target yang dijangka.
9. Para peniaga bolehlah memilih sendiri kawasan yang sesuai diluar sedikit dari kawasan yang digazetkan sebagai lokasi H355 seperti kawasan berhampiran dengan Bank Negara atau Bulatan Bank Negara atau lainnya diatas tanggungjawab sendiri.
PENGHARGAAN
10.  Pihak Sekretariat H355 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM dan DBKL atas kebenaran dan kerjasama yang diberikan kepada Sekretariat untuk menganjurkan H355 di Padang Merbok Kuala Lumpur.
Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera
Sekian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here