Panduan Kesihatan Semasa Himpunan #H355

67
0
Perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada pindaan rang undang-undang 355 bidang kuasa Mahkamah Syariah akan diadakan pada sabtu ini. Sehubungan dengan itu berikut adalah beberapa nasihat kesihatan kepada semua peserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Untuk makluman semua bahawa perhimpunan dalam jumlah kehadiran yang ramai seperti itu boleh berlaku segala apa kemungkinan. Antaranya adalah cuaca panas yang melampau. Cuaca panas terlampau boleh mengakibatkan seseorang individu itu kena dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke).
Langkah-langkah proaktif perlu untuk mengelakkan terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness) seperti stress haba (heat stress) yang boleh mengakibatkan berlakunya strok haba (heat stroke) jika dibiarkan.
Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas.
Seseorang individu itu dikatakan mengalami penyakit bawaan haba (heat illness) sekiranya memiliki tanda-tanda (signs) dan/gejala-gejala (symptoms) seperti berikut:
(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.
(ii) Mual (Nausea)
(iii) Kelihatan kelesuan yang jelas.
(iv) Badan berhenti mengeluarkan peluh.
(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.
(vi) Kekeliruan.
(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.
(viii) Tahap kesedaran berubah.
(ix) Jatuh pengsan.
(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.
Jika berlaku tanda-tanda di atas;
Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir. Kor Medik Jabatan Amal Maylaysia senantiasa bersedia dilokasi-lokasi penting sekitar Padang Merbuk tersebut. Sila dapatkan bantuan dari mereka segera. Doktor dan paramedik dari Kor Medik JAM akan merawat pantas.
sementara itu, langkah berikut wajar diikuti:
(i) Bawa keluar peserta daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan peserta lain.
(ii) Baringkan/rehatkan peserta terbabit di persekitaran yang nyaman.
(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah.
(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian.
(v) Membasahkan kulit and pengipaskan badan.
(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha.
(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar.
Walau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan haruslah diperolehi dengan kadar segera.
Amat disarankan kepada semua peserta, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu:
(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari.
(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada sesuatu hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi – 3 petang.
(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas perhimpunan.
(iv) Disarankan untuk meminum:
~ 2 cawan air minuman (500ml) 2 jam sebelum melakukan aktiviti.
~ 2-3 cawan air minuman (500-750ml) yang menyejukkan badan atau air minuman sukan (sports drink) setiap jam semasa berhimpun, bagi aktiviti yang berlangsung selama 60 minit atau lebih, dan masa 2 jam selepas melakukan aktiviti.
(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari.
Akhir sekali, Jika berlaku ancaman yang tidak diingini seperti kebakaran atau seumpamanya, para peserta dikehendaki jangan sasau-minda (panic). Dengar arahan yang akan dikeluarkan oleh pihak penganjur dari masa ke semasa. Jika para pserta panik dan berpusu-pusu lari keluar dari tempat berhimpun, kemungkinan akan berlaku himpitan rempuhan (stampede). Keadaan ini boleh membawa maut.
Semoga dengan nasihat ini memberi kekuatan moral kepada para peserta bagi meningkatkan kuasa syariah di bumi Malaysia ini.
DR GHAZALI HASBULLAH
Penasihat Perubatan
Kor Medik Jabatan Amal Malaysia
HOTLINE MEDIK: 016-9602489
16.2.2017

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here