Himpunan RUU 355: Air Mata Pok Soh

6093
1

POK Soh dari Dungun, Terengganu. Saya perhatikan seimbas lalu di kalangan peserta H355 dari Terengganu, Pok Soh yang paling berusia. Walau saya tak sempat tanya berapa usia beliau, tapi saya yakin usia beliau telah melepasi seven series.

Janggut dan misainya tidak kelihatan lagi seurat pun berwarna hitam membenarkan jangkaan saya. Semangat dia berdiri gagah di bawah panas terik matahari. Entah sudah makan atau belum.

Melaungkan takbir dan slogan dengan penuh semangat. Saat doa dibacakan oleh Datuk Dr Khairudin Aman Razali, AJK PAS Pusat sebelum konvoi Terengganu memulakan perarakan ke Padang Merbok, saya melihat beberapa kali beliau mengesat air mata.

Dengan usia yang masih bersisa, tentunya beliau bercita-cita nak tengok syariat Allah ditegakkan sebelum menutup mata buat selamanya.

Pok Soh tak ada sebarang jawatan dalam parti. Dia tak dikenali ramai di bumi ini. Pejuang ikhlas yang tidak didendang seperti beliau mungkin menjadi asbab Allah mengurniakan kemenangan kepada perjuangan ini. – HARAKAHDAILY 18/2/2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44326-himpunan-ruu-355-air-mata-pok-soh

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here