Lebih 100,000 Sudah Mula Banjiri Padang Merbok

20021
0

KUALA LUMPUR: Tepat jam 4.00 petang, Padang Merbok yang terletak bersebelahan Bank Negara dan Bank Rakyat umpama menjadi lautan ‘ungu’ apabila lebih 100,000 membanjiri padang tersebut melimpah hingga ke luar kawasan dan jalan sekitarnya.

Wartawan Nazirah Nasrun dan Nurhasmira Mohamad ketika ini sedang berada di tengah-tengah orang ramai sambil menyaksikan ribuan lagi peserta menyusuri jalan menuju ke tapak utama Himpunan H355.

Sebelum itu, Pada jam 3.05 petang, perjalanan kumpulan lebih 30,000 dari Sogo dan Pertama Kompleks dipimpin oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat, bersama Dr Azman Ibrahim, Dr Alias Razak, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ustaz Zakaria Dagang.

Sambil berjalan lautan manusia melaungkan takbir dan melaungkan  hidup RUU355. Ada yang membawa plakad dan banner yang tertera tulisan menyokong pindaan Akta 355 yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mereka melalui Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Jalan Parlimen dan bergabung dengan kumpulan yang datang dari Jalan Masjid Jamek menjadi kumpulan besar yang menderu ke arah tapak Himpunan H355. – HARAKAHDAILY 18/2/2017

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

Sumber: http://m.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44327-lebih-100-000-sudah-mula-banjiri-padang-merbok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here