Persatuan Peguam Sokong Pindaan Akta 355

1629
0

PADANG MERBOK, 18 Feb – Alhamdulillah, bersyukur kerana dapat berkumpul pada hari ni dengan kehadiran lebih dari 300 ribu peserta sebagai isyarat kepada ahli Parlimen agar bersetuju untuk meminda akta RUU355 ini, ucap Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia dalam pidato malam tadi berkata, mereka yang enggan menerima akta ini adalah mereka yang dimomokan, silap faham berkenaan beza hukuman ke atas muslim dan non muslim, ujar Dato’ Zainul Rijal.

Tambah beliau lagi, menurut jadual 9, Enakmen Mahkamah Syariah, Akta 355 disebut secara jelas bahawa undang-undang ini hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

Malah kata beliau, empat pertubuhan yang terlibat secara langsung dalam Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah turut menyokong untuk memartabatkan undang-undang Syariah ini.

Empat pertubuhan yang terlibat ialah Persatuan Peguam Syariah Malaysia, Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Persatuan Pegawai Agama Malaysia.

“Keempat-empat pertubuhan ini turut menyokong. Jadi, kenapa masih ada lagi yang ragu? soal tegas Zainul Rijal ketika berucap.

Meskipun hujan lebat ketika ini, peserta Himpunan Akta 355 dilihat tidak berganjak dari tempat mereka dan setia menunggu ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga habis acara himpunan.

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here