Sokong RUU Atau Hilang Undi Rakyat

8306
0

PADANG MERBOK, 18 Feb – “Kita nak ingatkan kepada penentang RUU 355, baik ahli parlimen mahupun orang ramai. Jangan halang akta ini, akta ini untuk orang Islam.

“Kita dah cakap berpuluh kali mereka yang bukan Islam tak terkesan dengan akta ini,” katanya.

Penegasan yang dibuat Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminudin Yahaya itu menegaskan lagi sekiranya akta itu ditolak kemungkinan mereka bakal hilang undi 300 ribu rakyat yang hadir berkumpul di himpunan hari ini.

Peringatan beliau itu dimaklumkan dituju kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan mana-mana anggota parlimen supaya jangan menghalang akta 355 daripada dilaksanakan.

Aminuddin turut menyatakan fenomena gejala sosial hari ini dengan mengeluarkan statistik seramai 500 ribu anak tak sah taraf.

Rentetan kesal dengan hal tersebut, Tuan Aminuddin berkata,

“Umat Islam tiada sebab menolak usul pindaan RUU 355, kita sebagai umat Islam kita bukan sahaja percaya akan hukum Allah,

“Kita percaya jika kita biarkan maksiat berleluasa, kita akan ditimpa bala. Ini yang kita tidak mahu,” tegas beliau.

Himpunan hari ini dianggarkan kira-kira 50,000 orang jumlah peserta. Dan orang ramai masih berkumpul di Padang Merbok dan kawasan sekitarnya untuk mendengar ceramah yang dijangka akan diteruskan sehingga 11 malam.

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here