Turun Himpunan 355, Tanda Cakna Rakyat

1537
0

KUALA LUMPUR, 18 Feb- Padang Merbok masih dibanjiri rakyat negara ini yang cakna dengan isu agama dan mahukan sebuah negara yang diberkati Allah.

Perhimpunan besar pertama bagi 2017 berlangsung hari ini, yang dianjurkan oleh PAS untuk mendapatkan sokongan terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang.

Ustazah Nuridah Salleh yang mewakili Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH) dalam ucapannya meminta peserta himpunan agar bersabar dengan cuaca panas dan keadaan sesak di tapak himpunan.

“Keadaan bersesak ini akan jadi bukti di hadapan Allah bahawa mereka telah berusaha sedaya upaya menegakkan syiar Islam.

“Kepanasan ini mudah-mudahan akan menghasilkan kedinginan, kesejukan dan kesejahteraan apabila kita dibangkitkan di Padang Masyar nanti,” kata Nuridah disambut laungan takbir.

Selain itu, beliau turut berharap agar suara ahli parlimen akan didengar dalam persidangan parlimen akan datang dan akta 355 akan dapat dipinda dengan baik.

Pindaan ini dijangka akan dibahaskan pada sesi Parlimen yang akan datang, dengan kerajaan membawanya ke peringkat bacaan kedua.

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here