Usaha Tingkat Martabat Syariah Harus Disokong

3824
0

PADANG MERBOK, 18 Feb – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom antara tetamu jemputan yang turut menyampaikan pidato Himpunan 355 hari ini.

Dalam ucapannya beliau berkata, kita selaku umat Islam mestilah meletakkan syariah di tempat yang selayaknya.

Selain itu, beliau turut mengajak masyarakat untuk bersama menyokong usaha mengangkat martabat Mahkamah Syariah ini.

Pada masa sama, Dato Seri Jamil Khir turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam himpunan hari ini.

“Terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan NGO yang hadir pada hari ini walaupun cuaca di sebelah petang hujan,

“Sesungguhnya himpunan ini menjadi polemik yang agak panjang. Di parlimen, ada yang menyatakan penerimaan begitu juga sebaliknya,” ujar beliau.

Ulas beliau lagi, urusan pentadbiran agama Islam diserahkan kepada sultan dan penguasa sesebuah negeri.

Mengikut perlembagaan senarai 2, peruntukan kuasa agama mutlak di bawah kuasa negeri masing-masing.

“Umat islam harus melihat dalam kaca mata Islam dalam mengangkat martabat mahkamah syariah ini,” jelas beliau lagi.

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here