Izinkan Undang-Undang Islam Dilaksanakan

13425
0

PADANG MERBOK, 19 Feb – Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) memperkasakan Mahkamah Syariah bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah berlaku sebelum merdeka.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berucap di pentas ketika berucap di Himpunan 355 malam tadi memberitahu usaha martabatkan Islam sudah lama.

“Pejuang kemerdekaan, termasuk PAS mengemukakan memorandum supaya diletak Islam dalam perlembagaan Malaysia,

“Memorandum itu diterima oleh Suruhanjaya Reid dan diletak dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan Islam sebagai agama persekutuan,

Mahkamah Syariah diletak di bawah kuasa negeri,” katanya.

Kali terakhir Akta 355 dipinda adalah pada tahun 1984, dan pada ketika itu tidak ada sebarang masalah berhubung pindaan tersebut.

Jelasnya, “Selepas separuh abad, kita sepatutnya buat muhasabah balik kepada undang-undang lapuk ini. Bukan rang undang-undang ini sahaja yang diubah,

“Sudah banyak sebenarnya undang-undang lain diubah,” tambahnya mengumpamakan pihak yang menentang pindaan ini dilihat seperti nyamuk dan agas.

Beliau menambah, perbincangan mengembalikan hukum syariah di atas tanggungjawab agama dibuat oleh pelbagai pihak. bukan kerana manusia semata-mata, atau atas sifat parti, NGO, jabatan kerajaan dan lain-lain, tetapi ia amanah dari Allah.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin sebelum itu turut meminta pihak yang tidak bersetuju dengan pindaan Akta 355 memberi peluang agar ia dapat dilaksanakan terlebih dahulu.

Pindaan ini dijangka akan dibahaskan pada sesi Parlimen yang akan datang, dengan kerajaan membawanya ke peringkat bacaan kedua.

Himpunan yang bermula sejak jam 3 petang itu berakhir secara aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here