RUU 335, Pertahankan Undang-Undang Syariah

2261
0

PADANG MERBOK, 19 Feb РWakil NGO Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) antara wakil daripada puluhan NGO yang menyokong dan turut serta pada himpunan malam tadi.

Dr Yusri Mohamad yang mewakili badan itu menyatakan undang-undang Islam merupakan undang-undang paling dihormati di dunia.

Beliau berharap, usaha peserta yang menyokong undang-undang berharap umat Islam dan negara Malaysia dikurniakan kemuliaan, nikmat serta peluang untuk melaksanakan syariat Allah S.W.T.

“… Untuk menutup pintu bala dan pintu maksiat. Kesanggupan untuk hadir dari jauh mahupun dekat sudah cukup menguji kesungguhan umat Islam untuk menegakkan hukum Allah,” tambah beliau.

Beliau bagaimanapun tegas menyatakan yang masyarakat tidak boleh memandang remeh hal tersebut.

“Jangan sesekali kita dengar suara yang cuba untuk memperlekehkan usaha ini.

Ingatlah undang-undang islam ini sangat dipandang tinggi oleh pengkaji undang-undang hatta dari barat,

“Elakkan kekeliruan ini menjadi jarum suntikan dan salah faham antara kaum. Ini merosakkan imej malaysia di mata dunia dan kita sepatutnya bersatu baik Muslim dan Non-Muslim,” jelas beliau.

Turut bersama beliau malam ini, Prof Dato Mahamad Naser mewakili Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (MAIM).

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here