RUU 355, Seruan Allah Demi Kebaikan Manusia

5132
0

PADANG MERBOK, 19 Feb – Masyarakat tenat dan sakit kerana kefasadan dan keburukan yang telah berlaku di muka bumi disebabkan tidak melihat kepada Al-Quran.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin memulakan ucapannya menekankan kepentingan niat semasa menghadiri Himpunan 355 itu.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa rakyat Malaysia sama-sama sedar kewajipan untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

“Orang yang celik nampak cahaya dan cahaya tidak mampu dilihat tanpa Al-Quran,

“Dan Kesedaran inilah yang kita sedang pupuk pada malam ini,” jelas beliau turut meminta pihak yang tidak bersetuju dengan pindaan Akta 355 memberi peluang agar ia dapat dilaksanakan terlebih dahulu.

Hakikatnya hari ini, mereka yang lain perlu yakin dengan saranan Allah dan pindaan akta berkenaan sebagai ‘ubat’ kepada manusia.

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here