Undang-undang Islam Bersifat Mendidik, Bukan Menghukum

7159
0

PADANG MERBOK, 19 Feb – Segala hukum syarak itu ada sebabnya dan bukan sia-sia di samping ada maslahah dan kelebihan tertentu,” ujar Sohibus Samahah Dato’ Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri di Himpunan 355 di Padang Merbok malam tadi.

Beliau yang juga Mufti Wilayah Persekutuan itu turut menegaskan Islam menunjukkan keadilan. Kerana itulah Allah menuntut agar umat Islam berlaku adil kerana ia hampir kepada taqwa.

“Apa yang termaktub dalam Al-Quran merentasi bangsa dan warna kulit kerana ia adalah hak milik Allah,” ujar beliau dan berharap himpunan ini menjadi titik permulaan bagi mengharmonikan kerana Islam kaya dengan sikap toleransi.

Beliau menambah, pindaan kepada Akta355 tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam, dan semua kaum akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan undang-undang Islam.

Rang undang-undang pindaan Akta 355 itu bertujuan untuk meningkatkan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Had hukuman sekarang ialah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Foto oleh: Krew Lensa Haraki @ Team Fotografi JITP ©

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here