MATLAMAT HIMPUNAN 355

Membangkitkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia ke arah membulat sokongan terhadap usaha memartabatkan Mahkamah Syariah dan melaksanakan Undang-Undang berlandaskan Syariat Islam sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

OBJEKTIF

Memberi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dipinda dan kenapa ia mesti disokong dan didukung oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memugar kebangkitan dan kekuatan ummat dalam mendepani cabaran dan terhadap usaha memartabatkan Syariah Islam dan hak mereka.

Memperteguh komitmen, kekuatan mental, fizikal dan spiritual rakyat Malaysia terhadap usaha memartabatkan Syariat Islam di Malaysia.

Menyerlahkan kekuatan umat Islam dan menyatukan mereka untuk berjuang menegakkan Syariah di Malaysia.

Mendidik Rakyat Malaysia ke arah memahami dan menghormati hak mengamalkan agama sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan serta menyatukan rakyat, mengekalkan keharmonian dan memupuk perpaduan.

TENTATIF

PERATURAN & PERINGATAN

Para peserta Himpunan 355 disarankan datang awal bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Pihak penganjur tidak menyediakan parking khas bagi kenderaan sebaliknya mengesyorkan supaya kenderaan seperti bas serta lainnya menurunkan penumpang di Masjid Negara dan seumpamanya. Kemudian disarankan agar kenderaan mengambil parking masing-masing diluar kawasan ibukota sebelum masuk kembali sebelah malam untuk mengambil penumpang.

Kenderaan besar boleh juga mengambil parking dipinggir ibukota, kemudian peserta masuk ke lokasi menggunakan kenderaan awam seperti LRT dan Komuter.

Peraturan dan Arahan Am buat peserta Himpunan 355 akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Nasihat saya agar semua hadir dengan tertib dan mempamerkan akhlak mulia. Tidak melakukan provokasi, sebaliknya memelihara ketenteraman awam, menjaga kebersihan, tidak merosakkan harta awam dan alam sekitar. Beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan petugas Himpunan 355 yang menjalankan khidmat mereka mengurus himpunan yang besar ini.

Kami juga ingin tegaskan bahawa himpunan ini BUKAN DEMONSTRASI atau perarakan yang mencetus huru hara dan gangguan kepada ketenteraman orang ramai, sebaliknya ia satu himpunan aman selaras dengan akta Perhimpunan Aman. Langkah ini diambil bagi mengelak sebarang pertembungan dengan pihak berkuasa dan memastikan himpunan ini berjalan dengan jayanya.